Aku dilahirkan pada tarikh 11hb Disember 1975 oleh seorang wanita bergelar ibu yang sangat tabah orangnya. Emak melahirkanku dengan bantuan bidan kampung pada masa itu. Aku dilahirkan pada pukul 7.00 pagi setelah emak dengan sepenuh tenaga dan bertarung nyawa cuba mengeluarkan aku dari rahimnya. Dengan izin Allah aku pun dilahirkan dan aku menangis sampai seisi rumah terdengar tangisanku dan mereka tersenyum kegembiraan kerana telah tambah seorang lagi ahli keluarga. Mak bidan membersihkan badanku dan memakaikan kain bedung supaya aku tidak kesejukkan.
Setelah beberapa hari ayahku memberikan aku nama dan membuat surat beranak untukku. Aku diberi nama Siti. Hanya Siti sahaja namaku. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun aku pun makin membesar dan bersekolah. Sebelum naik darjah satu, aku selalu berangan nak pergi ke sekolah. Bila dah tiba hari pertama sekolah, ayah memberiku 10 sen untuk aku membeli kuih di kantin sekolah. Masa tu aku pakai baju uniform sekolah, gaun biru gelap dan kemeja putih lengan pendek. Macam uniform budak perempuan SJKC pakai sekarang.
Aku pun belajarlah seperti murid- murid lain belajar. Baru mengenal ABC. Darjah dua baru aku lancar membaca. Bangganya masa tu dapat membaca rumi dengan lancarnya. Cuma bahasa Inggeris je tak berapa menguasai masa tu. Aku murid sederhana je di sekolah. Darjah dua sekolah pagi, sekolah agama belum boleh sekolah lagi masa tu. Masuk darjah tiga sekolah pagi, baru boleh darftar darjah satu sekolah petang.
Masa terus berlalu, aku makin menginjak anak dara sunti. Darjah 5 aku menjalani peperiksaan penilaian darjah 5. Dptlah keputusan yg sederhana. Alhamdulilah lulus walau tak membanggakan emak ayah.
Aku makin menginjak remaja dan memasuki sekolah menengah. Sebelum pergi sekolah, aku membantu emak dan ayah menoreh getah. Dalam pukul 10 pagi aku pun balik ke rumah dan bersiap- siap untuk ke sekolah dengan menaiki basikal. Masa tu semua kawan sekolah ramai yang naik basikal. Kadang berhujan dan berpanas. Kadang- kadang kalau hujan turun lebat, habis basah lencun baju sekolah dan beg sekolah. Buku teks dan buku tulis pun basah. Jarang dirasai oleh anak-anak sekarang kesusahan itu. Dengan jarak yang agak jauh dari rumah ke sekolah waktu itu, tak pernah rasa nak ponteng sekolah. Takut kena marah dengan cikgu kalau tak pergi sekolah.
Lepas peperiksaan spm aku tak sambung belajar sebab keputusan periksa tak memberangsangkan. Aku kerja tapi sekejap2 berhenti. Lepas tu tolong mak menoreh getah. Setahun lepas tu aku kerja kilang kat Parit bilal. Gaji pun cuma rm200 lebih je. Tak sampai setahun aku berhenti sebab kakakku ajak aku temankan dia sewa bilik di sebuah kg. Kampung apa biarlah rahsia. Aku kerja kilang kain dan kakakku kerja kerani dekat kilang buat seramik. Sewa bilik di rumah seorang lelaki yg berkeluarga dan ada dua orang anak. Masa duduk sewa bilik tu, ada rasa tak kena dengan tuan rumah tu. Bila malam dia selalu menumbuk mcm orang tumbuk sambal. Ada jugak kawannya datang sampai bermalam kat rumah tu.
Sampai suatu pagi aku nak ke bilik air, ada orang tidur dalam bilik air dengan bantal peluk. Aku cepat2 kejutkan kakakku. Malam tu kami keluar dari rumah tu. Pesan dekat isteri tuan rumah tu, kami cakap tilam ni nanti abang kami nak datang ambik. Kami pun lari. Lari tak jauh pun. Dekat seberang jalan tu ada hostel kilang yang aku kerja. Sebab apa kami lari keluar dari rumah tu? Sebab kami syak dia orang tu penagih dadah. Kami takut kami kena jual je. Eh memang bahayalah duduk kat situ. Yang tolong carikan bilik sewa tu kawan kakak ku. Dia yang cerita, tuan rumah tu memang penagih dadah dan dia suruh kami tinggalkan rumah itu.
Setelah aku duduk di hostel tu, kakak ku dapat kerja di JB lagi. Sebelum itu kakak ku memang kerja di JB tapi kerana ada beberapa masalah terpaksalah dia berhenti kerja masa tu.
Aku kerja di kilang kain tu tak lama. 9 bulan je. Lepas tu aku dapat kerja kerani dekat bandar BP.
Kerja kerani masa tu aku dapat gaji rm350 sebulan. Aku cakap, kecik sangat gaji tu. Aku bincang dengan bos ku seorang berbangsa cina. Namanya Mr. T. Tapi mr T ckp selepas 3 bulan baru dia naikkan gajiku rm50. Masa kerja kilang kain tu aku kerja borong. Ada sekali dapat gaji rm600 lebih, aku terus pergi kedai emas dan beli gelang emas. Masa tu emas murah.
Pada tahun 1997, aku bertemu dengan seorang lelaki yang sekarang menjadi suamiku. Aku dikenalkan oleh seorang kawan. Aku bukan berniat nak kawin dengan dia pun masa tu tapi dia yang ajak aku kawin. Masa tu aku takut kawin sebab tak pandai masak. Hahaha..pada hal masak tu bukanlah susah mana pun.
Selepas mengikat pertunangan pada tarikh yang aku pun dah lupa, kami pun melangsungkan perkahwinan pada 28hb jun 1998. Setahun selepas itu kami mendapat seorang cahaya mata sulong perempuan.
Sekarang ini anak sulong kami dah berusia 24 tahun. Dan perkahwinan kami sudah mencecah 25 tahun. Tahniah untuk diri ku dan suami. Kerana terlalu banyak cabaran dalam kehidupan berumah tangga kami yang kami tak boleh ceritakan di sini. Hasil perkahwinan ku dengan suami, kami mendapat 4 orang cahaya mata. 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki.
Sekarang ini kami sedang diuji. Suamiku tidak dapat bekerja kerana tangannya patah akibat kemalangan tempohari. Aku pun cuma bekerja di sebuah kilang yang tidak berapa jauh sangat dari rumah. Jarak antara rumah dan tempat kerja dalam 10 minit atau 15 minit kalau menaiki motorsikal.
Hidup harus diteruskan walau apa jua ujian yang datang.
Sekian.
Selamat berpuasa.
#1/4/2023